Posts

Showing posts from April, 2017

PERLAKSANAAN KONSEP ISTIHSAN DALAM ADAT JUAL BELI DI MALAYSIA

PENGENALAN Allah S.W.T. sahajalah sebagai penetap hukum atau hakim mutlak yang menetapkan peraturan dan undang-undang yang lengkap kepada manusia.Penetapan hukum syarak bertujuan supaya manusia dapat menjalani kehidupan yang harmoni dan mentadbir muka bumi ini dengan mendapat keredhaan Allah serta mendapat kebahagiaan dunia dan Akhirat. Peraturan atau undang-undang yang telah Allah S.W.T. tetapkan dan tentukan kepada manusia adalah lengkap, iaitu dengan meliputi aspek akhlak, ibadat, muamalat, politik dan sosial. Hal tersebut kerana Allah S.W.T yang mencipta manusia dan amat mengetahui apa yang diperlukan dan sesuai dengan manusia itu. Dalam hal itu segala peraturan agama dan hukum yang datang daripada Allah dinamakan hukum syarak.         Sumber-sumber perundangan Islam yang menjadi tempat pengambilan hukum syarak pada asasnya dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sumber yang disepakati dan sumber yang tidak disepakati.Sumber yang...