PERLAKSANAAN KONSEP ISTIHSAN DALAM ADAT JUAL BELI DI MALAYSIA



PENGENALAN

Allah S.W.T. sahajalah sebagai penetap hukum atau hakim mutlak yang menetapkan peraturan dan undang-undang yang lengkap kepada manusia.Penetapan hukum syarak bertujuan supaya manusia dapat menjalani kehidupan yang harmoni dan mentadbir muka bumi ini dengan mendapat keredhaan Allah serta mendapat kebahagiaan dunia dan Akhirat.

Peraturan atau undang-undang yang telah Allah S.W.T. tetapkan dan tentukan kepada manusia adalah lengkap, iaitu dengan meliputi aspek akhlak, ibadat, muamalat, politik dan sosial. Hal tersebut kerana Allah S.W.T yang mencipta manusia dan amat mengetahui apa yang diperlukan dan sesuai dengan manusia itu. Dalam hal itu segala peraturan agama dan hukum yang datang daripada Allah dinamakan hukum syarak.

        Sumber-sumber perundangan Islam yang menjadi tempat pengambilan hukum syarak pada asasnya dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sumber yang disepakati dan sumber yang tidak disepakati.Sumber yang disepakati atau yang dipersetujui oleh semua ulama tanpa sebarang pertikaian iaitu al-Quran, al-Sunnah, al-ijma’ dan al-qiyas.Manakala sumber yang tidak disepakati atau yang menjadi perselisihan dalam kalangan ulama iaitu al-istihsan, masalih al-mursalah, al-istishab dan sebagainya.

Kertas kerja ini sedikit sebanyak akan menerangkan tentang salah satu daripada sumber yang tidak disepakati oleh ulama iaitu al-istihsan. Al-istihsan walaupun sebagai sumber yang tidak disepakati oleh ulama dan sebagai sumber sampingan perundangan Islam, ia banyak memberi sumbangan kepada umat Islam terutamanya dalam bidang jual beli.




ISTIHSAN
Pengertian Istihsan


            Dari sudut bahasa, ia bermakna buat dan bina. Makna istilah ialah suatu kontrak membuat, membina atau menyiapkan barang yang dikehendaki oleh pembeli dengan sifat yang ditentukan dengan harga yang ditetapkan dan dipersetujui bersama.
        
          Kontrak istisna’ boleh digunakan oleh pembeli jika ia ingin membeli sesuatu yang mempunyai sifat dan ciri yang berbeza dengan barang siap ada di pasaran. Pada kebiasaannya, harga barang istisna’ lebih mahal berbanding barang yang telah siap dibuat dalam kuantiti yang lebih banyak.Namun ada juga istisna yang bertujuan untuk membuat sesuatu barang dalam kuantiti yang banyak seperti membina satu kawasan perumahan, sejumlah pakaian seragam, biskut hidangan hari raya dan sebagainya.[1]

Pertama : Istihsan sebagai qiyas khafiy
         
         Sebagaimana yang sudah dijelaskan bahawa pembahagian qiyas terbahagi kepada qiyas jalliy dan qias khafiy. Qiyas jalliy (yang nyata) adalah qiyas dimana akal boleh segera memahami illahnya, manakala qiyas khaffiy(tersembunyi) adalah qiyas dimana illahnya tidak nyata dan lambat untuk akal memahaminya tetapi ia lebih kuat dari qiyas jalliy dan akan zahir apabila dikaji dengan teliti masalah itu. Justeru itu para mujtahid lebih cenderung menerima pakai qiyas khafiy.
          
      Contohnya dalam qiyas jalliy seperti qiyas waqaf dengan jual beli.Menjual tanah pertanian tanpa menyebut dalam akad jual beli beberapa hak menggunakan kemudahannya seperti hak minuman, saliran dan laluan, maka hak-hak ini tidak termasuk dalam jualan itu secara ikutan menurut mazhab Hanafi.




[1] Fiqh 3 Serangkai, halaman 230, Aras Mega (M) Sdn Bhd



Dalam hal ini menurut qiyas jalliy, jika wakaf diqiyaskan dengan jual beli seperti mewakafkan tanah pertanian tanpa menyebut beberapa hak penggunaan kemudahannya secara berterus terang, maka hak-hak tersebut tidak termasuk dalam wakaf dengan illah kedua-duanya bermaksud mengeluarkan harta dari pemiliknya.[1]

Akan tetapi setelah diteliti dengan halus tentang masalah ini, ternyata kepada kita bahawa qiyas wakaf tanah pertanian ini dengan ijarah (sewa) adalah lebih utama kerana orang yang diwakaf kepadanya tidak memiliki harta yang diwakaf tetapi ia hanya memiliki manfaatnya sahaja. Hal ini bersamaan dengan keadaan penyewa yang tidak memiliki benda yang disewa sebaliknya yang dimiliki itu ialah manfaatnya sahaja.

Oleh yang demikian berdasarkan qiyas khafiy ini (menyamakan wakaf tanah pertanian dengan sewa), maka hak-hak tersebut akan turut termasuk dalam wakaf juga walaupun tidak disebutkan dalam akad. Ini kerana manfaat benda yang diwakaf ini tidak mungkin diperolehi dari tanah yang diwakaf kalau tidak dibenarkan menggunakan hak-hak kemudahan yang diperlukan itu seperti halnya dalam sewa.[2]

Kedua : Istihsan dalam bentuk pengecualian
        
        Adakalanya kaedah umum menuntut hukum kulliy dilaksanakan ke atas semua masalah juziyyah kepada kaedah itu. Akan tetapi mujtahid mendapati suatu dalil yang menuntut supaya dikecualikan masalah tertentu dari hukum kulliy ini dan perlu diberikan suatu hukum yang khas kepadanya. Dalil-dalil pengecualian ini sama ada dari nas, maslahah atau ‘uruf dan sebagainya. Antara contohnya ialah :

i.Prinsip umum menegaskan bahawa menjual sesuatu yang tidak ada pada seseorang adalah batal kerana ia menjual sesuatu yang tidak wujud. Dalam keadaan ini, jual salam dikecualikan dari hukum umum ini sekalipun ia menjual sesuatu yang tidak wujud berdasarkan nas yang mengharuskannya iaitu hadith Nabi s.a.w :


[1]Usul Fiqh Modul Pembelajaran dan Pengajaran, halaman 92, Kolej Universiti Islam Melaka
[2]Usul Fiqh Modul Pembelajaran dan Pengajaran, halaman 92, Kolej Universiti Islam Melaka



Sesiapa yang hendak melakukan jual salaf (salam), maka hendaklah dia salaf dalam sukatan yang diketahui dan timbangan yang diketahui sehingga tempoh yang diketahui.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)[1]

        ii. Prinsip umum tentang harta yang hendak diwakafkan hendaklah kekal. Berdasarkan prinsip ini tidak sah diwakafkan benda yang boleh dialih kerana tabiatnya tidak akan kekal. Akan tetapi sebahagian ulama’ mengecualikan dari prinsip tersebut wakaf benda yang boleh dialih sebagai istihsan apabila kebiasaan melakukan demikian seperti mewakaf buku, sejadah dan sebagainya.[2]



Syarat-Syarat Istisna’

            Pertama, barang yang akan dihasilkan hendaklah ditentukan sifat dan keadaannya dengan jelas. Kedua, tarikh penyerahan hendaklah dinyatakan dengan jelas. Ketiga, tempat penyerahan juga perlu ditentukan jika memerlukan kos pengangkutan. Keempat, bahan-bahan asas mestilah disediakan oleh penjual.

            Selain itu, harga barang ditentukan dalam perjanjian.Bayaran boleh dijelaskan secara tunai, ansuran atau bertangguh. Pada kebiasaannya, bayaran dibuat mengikut tahap kemajuan sesuatu kerja yang telah disiapkan. Di samping itu, menurut Mazhab Hanafi, barang yang dijual secara istisna’. Sungguhpun begitu, mazhab lain tidak mengenakan syarat ini kerana ia menyebabkan kontrak istisna’ menjadi terbatas. Akhir sekali, mana-mana pihak boleh membatalkan kontrak istisna’ selagi kerja-kerja belum dimulakan.[3]


[1]Usul Fiqh Modul Pembelajaran dan Pengajaran, halaman 93, Kolej Universiti Islam Melaka
[2]Usul Fiqh Modul Pembelajaran dan Pengajaran, halaman 93, Kolej Universiti Islam Melaka
[3]Fiqh 3 Serangkai, halaman 230, Aras Mega (M) Sdn Bhd





Kehujahan Istihsan

Para ulama ‘Usul Fiqh berselisih pendapat mengenai kehujahan tersebut:

Pendapat pertama, para ulama’ Hanafi, Maliki dan ulama’ daripada Hanbali seperti al-Amidi, Ibnu Hajib dan Ibnu Qudamah.Mereka berpendapat bahawa istihsan dianggap hujah. Alasannya berdasarkan kepada firman Allah S.W.T :

وَاتَّبِعُوا أَحْسَنَ مَآ أُنزِلَ إِلَيْكُم مِّن رَّبِّكُم
Maksudnya : Dan turutlah Al-Quran sebaik-baik (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu.
(Surah al-Zumar : 55)[1]

Menurut ayat ini Allah S.W.T telah memerintahkan agar mengikuti yang paling baik dari apa yang diturunkan. Berdasarkan ayat ini ia adalah satu perintah dan perintah itu adalah wajib. Maka apa yang diperintah itu adalah istihsan. Di dalam hadith juga ada menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

ما رآه المسلمون حسنا فهو عند الله حسن
Apa yang dilihat oleh orang-orang Islam itu baik maka ia adalah baik disisi Allah taala.[2]

            Pendapat kedua, Imam Syaf’I dan ulama’nya serta Jalal al-Mahalli daripada ulama’ Hanbali.Mereka tidak menganggap istihsan sebagai hujah dan Imam Syaf’I sendiri berpendapat mengeluarkan hukum dengan istihsan adalah berdasarkan kepada hawa nafsu. Antara dalilnya ialah firman Allah S.W.T :

فإن تَنَزَعْتُم فىِ شَىْءٍ فَرُدُّوهُ إلَى الله وَالرَّسُولِ إن كُنتُمْ تُؤمِنُونَ بِالله وَاليَوْمِ الأَخِر


[1]Tafsir Resm Uthmani, Humaira Bookstore Enterprise, Surah al-Zumar, halaman 464, ayat 55
[2]Usul Fiqh Modul Pembelajaran dan Pengajaran, halaman 94, Kolej Universiti Islam Melaka




Maksudnya : Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.

(Surah al-Nisa : 59)[1]


Pendapat Para Ulama Tentang Istihsan
Para ulama berselisih pendapat tentang kehujahan al-istihsan sebagai salah satu sumber perundangan Islam.  Terdapat dua kelompok yang memberikan pendapat tentang istihsan ini iaitu kelompok pertama menerimanya sebagai hujah hukum dan kelompok yang lain menolaknya sebagai hujah hukum.[2]

Pendapat Ulama Yang Menerima Istihsan Sebagai Sumber Hukum
Golongan yang menerima pendapat ini dinisbahkan kepada golongan Hanafi, Maliki, dan sebahagian daripada ulama Hanbali. Antara hujah golongan yang menerima ialah al-istihsan adalah sumber hukumyang dapat menolak kesusahan kepada kesenanganyang merupakan asas dalam agama seperti firman Allah S.W.T :
 
يُرِيدُ اللهُ بِكُمُ اليُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ اللهُ بِكُمُ العُسْرَ
Terjemahan: Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.
(Surah al-Baqarah : 185)[3]



[1]Tafsir Resm Uthmani, Humaira Bookstore Enterprise, Surah al-Nisa, halaman 87, ayat 59
[2]Pengantar Perundangan Islam,  Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
[3]Tafsir Resm Uthmani, Humaira Bookstore Enterprise, Surah al-Baqarah, halaman 28,ayat 185



Ayat di atas menerangkan bahawa Allah S.W.T menyuruh hambaNya mengambil kesenangan (يسر) dan menghindari kesusahan (عسر) dalam semua perkara.Ini bertepatan dengan asas al-istihsan iaitu menolak kesusahan kepada kesenangan. Misalnya tidak sah jual salam jika diqiyaskan kepada akad jual beli, kerana benda yang diakadkan belum wujud ketika akad. Oleh kerana jual salam adalah baik dan perlu dalam masyarakat serta memudahkan urusan jual beli, maka ulama mengira baik dan diharuskan. Firman Allah S.W.T :

وَاتَّبِعُوا أَحْسَنَ مَا أُنْزِلَ إلَيكُم مِّن رَّبِكُم مِّن قَبْلِ أَن يَاْتِيَكُمُ العَذَابُ بَغْتَةً وَأَنْتُم لاَ تَشْعُرُونَ (55)
Terjemahannya: Dan turutlah  Al-Quran sebaik-baik (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.
(Surah az-Zumar : 55)[1]

Ayat di atas menerangkan bahawa Allah S.W.T menurunkan al-Quran kepada manusia untuk dijadikan sebagai sebaik-baik panduan hidup (أحسن). Oleh itu berdasarkan perkataan  (أحسن) dalam ayat tersebut, golongan yang menerima al-istihsan sebagai sumber perundangan berpendapat bahawa al-istihsan merupakan salah satu cara yang terbaik dalam mengeluarkan sesuatu hukum kerana al-istihsan mendatangkan kemaslahatan kepada manusia bukannya kemudaratan.

Misalnya kadar bayaran menggunakan bilik air atau pun tandas adalah sama sahaja bagi setiap orang tanpa mengambil kira kadar air yang digunakan serta kadar masa menggunakan tempat tersebut. Ini kerana menetapkan kadar pada seumpama itu adalah menyusahkan, maka lebih baik ditinggalkan.[2]           


[1]Tafsir Resm Uthmani, Humaira Bookstore Enterprise, Surah az-Zumar, halaman 464, ayat 55
[2]http://barnur.blogspot.my/2011/08/pengertian-ihtihsan-dan-contohnya.html





Pendapat Ulama Yang Menolak Istihsan Sebagai Sumber Hukum

Seterusnya adalah bagi golongan yang menolak al-istihsan.Antara ulama yang menolak penggunaan al-istihsan adalah Imam al-Syafie.  Antara hujah golongan ini ialah sesungguhnya tidak harus mengeluarkan hukum melainkan apabila disandarkan kepada al-Quran, al-Sunnah dan juga qiyas. Hal ini berdasarkan kepada firman AllahS.W.T:


وَأَنِ احْكُم بَينَهُم بِمَا أَنزَلَ الله وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَآءَهُم وَاحْذَرْهُم أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَآ أَنزَلَ الله إلَيكَ
فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ الله أَن يُصِيبَهُم بِبَعضِ ذُنُوبِهِم , وَإنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَسِقُونَ

  (49) 
Terjemahannya: Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah s.w.t itu), maka ketahuilah, Allah s.w.t mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka, dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.”
(Surah al-Maidah : 49)[1]


Pembahagian Al-Istihsan

Berdasarkan kepada takrif al-istihsan sebelum ini, al-istihsan dapat dibahagikan kepada beberapa pembahagian seperti istihsan dengan nas, istihsan dengan ijmak, istihsan berdasarkan darurat, istihsan berdasarkan qiyas khafiyy, istihsan berdasarkan maslahah dan istihsan berdasarkan ‘urf.


[1]Tafsir Resm Uthmani, Humaira Bookstore Enterprise, Surah al-Maidah, halaman 116, ayat 49



Istihsan dengan nas ialah berpindah daripada hukum asal yang telah ditetapkan pada satu masalah kerana terdapat nas yang menghendakinya berpindah daripada hukum asal tersebut. Contohnya istihsan dengan nas adalah seperti jual beli secara tempahan (bai’ al-salam) merupakan jual beli sesuatu barang yang belum ada di tangan penjualnya.

Menurut qiyas, pada asalnya jual beli dengan cara ini adalah haram kerana barang tidak wujud semasa transaksi jual beli dilaksanakan. Rasulullah s.a.w. melarang jual beli seperti ini dilaksanakan seperti di dalam sabda Rasulullah s.a.w. kepada Hakim bin Hazam.[1]
لا تبع ما ليس عندك
Terjemahan: Janganlah engkau jual sesuatu yang tidak ada di sisi engkau
(Riwayat Abu Daud)

Hadis di atas menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. melarang menjalankan transaksi jual beli sekiranya barang tidak wujud semasa majlis akad berlangsung. Namun, jual beli salam ini dikecualikan daripada kehendak dalil umum atau hadis tersebut kerana ada nas lain yang mengharuskan iaitu hadis mengenai peristiwa Rasulullah s.a.w. yang datang ke Madinah sedangkan penduduk-penduduknya pada masa itu menjalankan jual beli salam ke atas buah-buahan dalam masa setahun dan dua tahun kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:
من أسلف منكم فليسلف فى كيل معلوم ووزن معلوم اٍلى أجل معلوم
Terjemahan: Barang siapa yang berjual salam di kalangan kamu maka hendaklah ia berjual salam dengan sukatan yang jelas dan timbangan yang diketahui sehingga tempoh yang jelas.


[1]Fatwa Masa Kini Jilid 3 & 4, Pustaka Salam Sdn.Bhd, halaman 121



(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis di atas menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w telah membenarkan transaksi jual beli salam tetapi barang tersebut mestilah dengan sukatan yang jelas dan timbangan yang diketahui. Tempoh transaksi jual beli itu juga mestilah diketahui. Contoh yang kedua ialah seseorang yang berpuasa tidak akan batal ibadah puasanya. Menurut qiyas, iaitu kaedah umum dan hukum asalnya adalah batal puasa seseorang itu disebabkan tidak menahan diri daripada memasukkan sesuatu ke dalam rongga.[1]


       Istihsan dengan ijmak ialah berpindah daripada hukum asal yang telah ditetapkan pada satu masalah kerana terdapat persepakatan para ulamak yang menghendakinya berpindah daripada hukum asal tersebut.Misalnya menempah barangan iaitu bai’ al-salam.Mengikut kaedah umum adalah tidak diharuskan kerana barang yang diakadkan itu tidak ada semasa akad. Namun, ia diharuskan kerana jual salam ini adalah sesuatu yang baik dan merupakan salah satu cara masyarakat menjalankan jual beli yang merupakan satu keperluan, maka para mujtahid bersepakat bahawa jual salam ini diharuskan.

Contoh yang kedua ialah masalah penggunaan bilik air awam khususnya di Malaysia yang mengenakan bayaran masuk yang sama, tetapi tidak ditentukan kadar penggunaan air dan masa berada di dalamnya. Menurut kaedah umum, hal seperti ini adalah diharamkan kerana tidak diketahui kadar air yang digunakan dan masa ketika berada di dalamnya.

            Namun, para mujtahid telah menggunakan kaedah al-istihsan dengan melihat bahawa sudah menjadi kebiasaan orang ramai melakukannya di setiap masa tanpa diingkari oleh mana-mana mujtahid. Maka, ia menunjukkan bahawa mereka bersepakat bagi meraikan keperluan orang ramai dan menolak kesukaran bagi mereka.


[1]Halal dan Haram Dalam Islam, Himpunan Belia Islam, halaman 349

 
Kesimpulannya, penggunaan bilik air awam itu adalah diharuskan kerana melihat kepada al-istihsan.



Istihsan berdasarkan darurat ialah berpindah daripada hukum asal yang telah ditetapkan pada satu masalah kerana terdapat darurat yang menghendakinya berpindah daripada hukum asal tersebut.  Antara contohnya adalah membersih perigi ataupun kolam yang bernajis.

Mengikut kaedah umum ataupun qiyas, perigi ataupun kolam tersebut tidak akan bersih selama-lamanya walaupun dibuang separuh ataupun kesemua air di dalam perigi ataupun kolam tersebut. Ini kerana, membuang separuh daripada air tersebut tidak akan menjadikan baki air yang terdapat di dalam perigi tersebut bersih.

Begitu juga sekiranya air tersebut dibuang keseluruhannya kerana ia tidak akan membersihkan air yang baru keluar dari mata air dalam perigi ataupun kolam tersebut. Keadaan ini akan menyukarkan masyarakat kerana telah menyebabkan kesukaran dan kepayahan mereka sekiranya perigi ataupun kolam tersebut telah menjadi punca utama sumber air. Dengan sebab itu, diharuskan bagi masyarakat menggunakan air itu atas keperluan dan darurat.[1]

Maksud al-istihsan dengan maslahah ialah beralih daripada satu hukum pada satu-satu masalah yang telah menjadi kaedah umum kepada hukum yang lain kerana wujudnya maslahah yang tertentu. Misalnya, iaitu mengikut prinsip umum, tidak harus memberi zakat kepada Bani Hasyim, tetapi Abu Hanifah mengharuskannya mengikut situasi kerana al-istihsan demi untuk memelihara kepentingan mereka dan memelihara mereka daripada dipersia-siakan. 

Berikutnya, antara prinsip yang ditetapkan dalam mazhab Hanafi ialah akad muzara’ah dengan mati salah seorang daripada dua yang berakad atau mati kedua-duanya seperti yang berlaku di dalam sewa menyewa, tetapi mereka mengecualikan daripadanya sebahagian daripada masalah-masalah.


[1]Halal dan Haram Dalam Islam, Himpunan Belia Islam, halaman 381




Antaranya ialah apabila mati pemilik tanah sedangkan tanamannya belum boleh diambil, mereka menghukum kekal akad padanya kerana berdasarkan al-istihsan yang menyalahi prinsip umum untuk memelihara kepentingan pekerja (amil) dan menolak kemudharatan daripadanya.[1]



Istihsan Ditinjau Dari Segi Sanad      
 Para Ulama Hanafiyah mengatakan bahawa jenis-jenis istihsan ditinjau dari segi sanadnya:
 
Istihsan yang sanadnya adalah qiyas khafy.Dalam hal ini, contoh-contohnya telah kami sebutkan pada bahasan yang telah lalu.

          Istihsan yang sanadnya berasal dari nas. Contohnya, Rasulullah s.a.w telah melarang jual beli barang yang tidak ada tempat. Tetapi beliau memberikan kemurahan terhadap jual beli salam. Rasulullah s.a.w melarang jual beli barter antara buah-buahan yang masih basah dengan buah-buahan yang sudah kering. Rasulullah melarang


mencabut dan memotong pohon-pohonan di Makkah, tetapi beliau membolehkan (tidak melarang) untuk pohon Idzhkir (semacam rumput berbau wangi).
           
Pada setiap permasalahan di atas terjadi proses pemindahan hukum, dari yang kulliykepada hukum istitsnaiy yang juz’i. Sedang sanadnya ialah nas itu sendiri.

Menjual Sesuatu Yang Haram, Hukumnya Haram

            Apapun kebiasaan yang berlaku khususnya di Malaysia, jika membawa kepada perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam.Atau kalau ada sesuatu yang bermanfaat bagi ummat manusia, tetapi dia itu satu macam daripada kemaksiatan, maka membeli ataupun memperdagangkan hukumnya haram.Misalnya, babi, arak, makanan dan minuman yang diharamkan secara umum, patung, salib, lukisan dan sebagainya.
         
          Kerana memperdagangkan barang-barang tersebut dapat menimbulkan perbuatan-perbuatan maksiat, dapat membawa orang berbuat maksiat atau mempermudah dan mendekatkan manusia untuk menjalankan maksiat.Sedang dengan diharamkannya memperdagangkan hal-hal tersebut dapat melambatkan perbuatan maksiat dan dapat mematikan orang untuk ingat kepada kemaksiatan serta menjauhkan manusia dari perbuatan maksiat.[2]
إِنَّ الله إذَا حَرَّمَ شَيْئًا حَرَّمَ ثَمَنَهُ
Sesungguhnya Allah apabila mengharamkan sesuatu, maka ia haramkan juga harganya.”
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
                                                                   
            Setiap aqad perdagangan ada lubang yang membawa pertentangan, apabila barang yang dijual itu tidak diketahui atau kerana ada unsur penipuan yang dapat menimbulkan pertentangan antara si penjual dan pembeli atau kerana salah satu ada


yang menipu. Justeru itu cara ini dilarang oleh Rasulullah s.a.w sebagai usaha menutup pintu perbuatan manusia (saddu dzara’ik).
           
            Justeru itu pula, dilaranglah menjual bibit binatang yang masih ada di dalam tulang rusuk binatang jantan, atau menjual anak yang masih dalam kandungan, atau menjual burung yang terbang di udara, atau menjual ikan yang masih dalam air dan semua macam jual beli yang terdapat unsur-unsur penipuan. Ini semua justeru kerana tidak diketahuinya secara pasti benda yang dijualnya itu.
          

Menjual Bertempoh Dengan Menaikkan Harga

            Termasuk yang perlu untuk disebutkan di sini, iaitu sebagaimana diperkenankan seorang muslim membeli secara kontan, maka begitu juga dia diperkenankan menangguhkan pembayarannya itu sampai pada batas tertentu, sesuai dengan perjanjian. 

            Rasulullah s.a.w sendiri pernah membeli makanan dari orang Yahudi dengan tempoh, untuk nafkah keluarganya.Begitu juga beliau pernah menggadaikan baju besinya kepada orang Yahudi.

            Sekarang apabila si penjual itu menaikkan harga kerana tempohnya, sebagaimana yang kini biasa dilakukan oleh para pedagang yang menjual dengan kredit, maka sementara fuqaha’ ada yang mengharamkannya dengan dasar, bahawa tambahan harga itu justeru berhubung masalah waktu. Kalau begitu sama dengan riba. 

            Tetapi Jumhurul ulama membolehkan, kerana pada asalnya boleh, dan nas yang mengharamkannya tidak ada dan tidak boleh dipersamakan dengan riba dari segi manapun.Oleh kerana itu seorang pedagang boleh menaikkan harga menurut yang pantas, selagi tidak sampai kepada batas pemerkosaan dan kezaliman.Kalau sampai terjadi demikian, maka jelas hukumnya haram.

            Imam Syaukani berkata : “Ulama Syafi’iyah, Hanafiyah, Zaid bin Ali, al-Muayyid billah dan Jumhur berpendapat boleh berdasarkan umumnya dalil yang menetapkan boleh. Dan inilah yang kiranya lebih tepat.” (2)[1]


[1]Halaldan Haram Dalam Islam, Himpunan Belia Islam, halaman 371





Contoh-contoh Macam Istihsan 

            Pertama, ulama Hanafiyah mengatakan bahawa hak-hak pengairan, pemeliharaan dan hak jalan tidak termasuk dalam akta wakaf yang berbentuk tanah pertanian kerana tidak disebutkan di dalam akta tersebut.Ketetapan tersebut berdasarkan qiyas.Jika digunakan istihsan, maka hak pengairan, pemeliharaan dan hak-hak jalan bila dimasukkan ke dalam wakaf sekalipun tidak disebutkan.Keputusan inilah yang dinamakan sebagai istihsan.

            Sebagai sekadar ulasan, jika digunakan qiyas terhadap masalah wakaf dengan masalah sewa menyewa didasarkan pada persamaan bahawa jual beli melepaskan kepada si pembeli dari pemilik barang tersebut.Sedang wakaf juga melepaskan hak milik kepada penerima wakaf.Prinsip jual beli tanah pertanian tidak termasuk di dalamnya hak-hak pengairan, pembiayaan dan hak jalan tanpa disebutkan di dalam akta jual beli.Demikian juga pada masalah wakaf, yang didasarkan pada qiyas kepada masalah jual beli.Qiyas seperti ini disebut sebagai qiyas zhahir.

            Juga masih terdapat satu qiyas, yakni qiyas khafy, yang beerti mengqiyaskan masalah waqaf dengan masalah sewa-menyewa.Persamaan antara kedua masalah ini, menyewakan atau mewakafkan, pada dasarnya orang yang menerima wakaf atau orang yang menyewa tidak memiliki barang, tetapi hanya memanfaatkan barang tersebut.Di dalam masalah sewa-menyewa, sekalipun tidak disebutkan, maka masalah pengairan, pembiayaan dan jalan termasuk di dalam wakaf, sekalipun tidak disebutkan.Hal ini juga diqiyaskan dengan masalah sewa-menyewa.[1]


[1]Sumber-Sumber Hukum Islam,Risalah Bandung, halaman 106





Apakah Istihsan Boleh Dipakai Untuk Yang Lain?
         
          Para Ulama’ Hanafiyyah menetapkan bahawa hukum yang ditetapkan secara istihsan yang berdasarkan qiyas khafy, sah untuk dipakai untuk memutuskan masalah lain dengan perantaraan qiyas. Kemudian, mengenai hukum yang bersandarkan pada nas atau ‘urf atau darurat tidak boleh dipakai untuk memutuskan masalah lain.Sebab, sebelumnya telah melalui jalan ‘udul.Dengan demikian, tidak boleh dipakai untuk menetapkan hukum lainnya, bahkan hanya terbatas pada pengertiannya sendiri.

            Mereka memberikan contoh istihsan yang bersandarkan qiyas khafy dan yang boleh dipakai untuk memecahkan masalah lain. Misalnya pada masalah persengketaan antara pembeli dan penjual yang memperselisihkan soal harga sebelum barang diterima oleh pihak pembeli.Untuk itu mereka mengatakan, “Keputusan masalah ini berdasarkan istihsan, dan sanad istihsannya adalah qiyas khafy. Kerana masalah ini boleh mengganggu kepada ahli waris kedua belah pihak jika keduanya meninggal dunia sebelum barangnya diterima pihak pembeli., dan ternyata ahli waris kedua belah pihak masih tetap memperselisihkan masalah harga berdasarkan sumpah kedua belah pihak. Juga boleh mengganggu kepada masalah sewa-menyewa.

Jika berselisih antara pihak penyewa dan yang menyewakan tentang tarikh sewaan sebelum barang yang disewakan dipenuhi oleh pihak yang menyewakan, dan kedua belah pihak saling mengangkat sumpah.[1]

Dalam masalah ini terdapat dua permasalahan. Pertama, telah kami sebutkan pada bahasan yang telah lalu mengenai qiyas, bahawa hukum yang boleh mengganggu berdasarkan qiyas adalah hukum yang telah ditetapkan oleh nas yang pengertiannya sama kuat. Tetapi hukum yang telah ditetapkan qiyas sama sekali tidak mengganggu (tidak berlaku) sebagai dasar untuk memutuskan masalah lain.


[1]Sumber-Sumber Hukum Islam,Risalah Bandung, halaman 112

         



Kami telah menjelaskan masalah ini pada kes sumpah antara kedua belah pihak ahli waris (dari jalur pembeli) dan ahli waris (dari jalur penjual) yang masih mempersengketakan masalah harga sebelum barangnya diterima.

Kedua, hukum yang telah ditetapkan dengan jalan istihsan yang berdasarkan nas disamping maqbul (boleh diterima) maknanya, boleh diterapkan pada kejadian lain yang mempunyai kesempatan illat. Kerananya tidak terdapat rukhsah pada jual beli ‘araya, yakni jual beli kurma yang masih di pohon ditukar dengan kurma kering.Alasannya, ialah kerana diperlukan, sehingga jual beli itu dibolehkan.

Kemudian hukum rukhsah ini menukar kepada masalah barter antara anggur yang masih berada di pohon zabib(anggur kering) jika memang diperlukan orang ramai. Ertinya masalah ini kesnya sama dengan ‘araya.

Kami telah menetapkan pada bahasan qiyas, bahawa menjalarkan hukum dengan jalan qiyas kepada masalah lain yang tidak disebutkan nas sebagai dasar, kerana dijumpai adanya illat hukum nas, baik yang tersurat mahupun yang bersifat pengecualian.[1]


[1]Sumber-Sumber Hukum Islam,Risalah Bandung, halaman 113




RUMUSAN

Apabila dikaji dan diteliti pengertian yang diberikan oleh ulama dalam Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki, penggunaan al-istihsan menurut pendapat mereka bukanlah dengan berdasarkan akal dan nafsu semata-mata.Justeru itu, penggunaan al-istihsan ini menurut mereka adalah berdasarkan dalil-dalil syarak juga.Apabila diteliti pengertian al-istihsan menurut Imam Syafi`i pula adalah berlainan dengan pengertian yang diberikan oleh ulama dalam Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki iaitu Imam Syafi`i menggambarkan penggunaan al-istihsan dengan berpandukan akal semata-mata tanpa dalil syarak, sebab itulah beliau menolak berhujah dengannya.

Dari situ dapatlah dirumuskan di sini bahawa perselisihan yang berlaku antara mazhab-mazhab mengenai kehujahan al-istihsan merupakan perselisihan dari segi lafaz sahaja. Hal itu terjadi disebabkan tidak sama pengertian yang mereka berikan. Sebenarnya antara mereka tidak ada perselisihan kerana matlamat mereka adalah satu iaitu membawa kebaikan untuk masyarakat, agama dan membawa kebenaran serta berhati-hati atau teliti dalam mengeluarkan sesuatu hukum.

Sedikit sebanyak dapat menerangkan tentang salah satu daripada sumber yang tidak disepakati oleh ulama iaitu al-istihsan. Al-istihsan walaupun sebagai sumber yang tidak disepakati oleh ulama dan sebagai sumber sampingan perundangan Islam, ia banyak memberi sumbangan kepada umat Islam terutamanya dalam bidang jual beli khususnya di Malaysia.















Comments